• Padu Beb Studios

5 SEBAB PEK LAZIZ PATIN GULAI TEMPOYAK PERLU ADA DALAM PETI AIS RUMAH KORANG!

Hidangan Patin Tempoyak sangat sinonim dengan penduduk di Temerloh, Pahang dan dalam banyak-banyak produk yang ada di Malaysia ini, Laziz Patin antara yang paling SUPERB!


Laziz Patin ditubuhkan pada tahun 2016 dan mereka mempunyai sangkar ikan patin di Temerloh, Pahang. Selain dari menjadi pembekal utama ikan patin segar kepada restoran dan kedai makan di sekitar Temerloh dan semenanjung Malaysia, mereka turut mengedar produk sejuk beku seperti ikan patin dan pes tempoyak kepada para stokis dan ejen.

Setelah mencuba beberapa produk dari Laziz Patin ini, kami merasakan bahawa produk mereka ini sangat berkualiti dan sangat bersedia untuk market yang lebih besar. Antara produk yang kami dah cuba ialah Pek Ikan Patin Tempoyak yang seharusnya mendapat pujian dari kami. Di bawah ini kami senaraikan 5 sebab kenapa pek Laziz Patin Tempoyak ini mesti ada di dalam peti ais rumah korang. Sila baca sebelum beli tau! 1. Pek Ini Mudah Dimasak! 15 Minit Dah Siap!

Pek Laziz Patin Tempoyak ini sangat mudah untuk disediakan. Hanya perlukan terlebih dahulu dari peti beku (Defrost), kemudian panaskan pes dan campurkan dengan 500ml air. Gaul sehingga sebati kemudian masukkan ikan patin dan masak sehingga ikan empuk. Anda juga boleh baca langkah-langkah untuk memasak di sticker yang telah disediakan. 2. Ikan Patin Yang Segar & Tahan Lama.

Mungkin sukar bagi korang yang gemar makan patin tempoyak untuk dapatkan ikan patin yang segar kan? Kalau pergi pasar, mungkin ikan patin yang mereka sediakan tu dah 'kurang' segar. Nak masak sendiri pun nak kena cari tempoyak yang segar jugak, baru jadi betul tak? Dengan adanya Pek Patin Tempoyak dari Laziz Patin ni kerja dah jadi mudah. Ikan patin yang dibekalkan oleh Laziz Patin dalam pek ini walaupun 'Frozen' tapi keadaan ikan masih segar sebab mereka 'vacuum pack' ikan ini. Ikan patin itu masih kekal segar dan terlindung dari bakteria perosak. Tarikh luput untuk pek seperti ini pun agak lama sekitar 6 bulan (peti beku biasa) dan 1 tahun (Freezer 18°C).

3. Mudah Disimpan.


Pek ini mudah disimpan di ruang peti beku biasa di rumah korang dan tidak memerlukan ruang yang besar. Ikan patin telah dipotong mengikut bahagian seperti kepala, badan dan ekor. Ada 2 jenis pek untuk korang pilih - Pek Kepala-Kepala, Pek Badan-Badan dan Pek Badan-Ekor. Di dalam satu pek ini dimuatkan sekali dengan pes gulai tempoyak yang korang boleh gunakan untuk memasak. Tidak perlu beli berasingan. Senang kan? 4. Resepi Original Temerloh. Ramai di antara kita yang bila nak makan patin tempoyak di kedai makan, akan kecewa sebab tak sama dengan resepi yang ada di Temerloh, Pahang. Kalau korang beli pek dari Laziz Patin, jangan risau sebab resepi mereka gunakan memang Original Temerloh punya style! Mereka maklumkan pada kami yang resepi mereka ini tiada MSG dan pewarna. Kalau nak lagi sedap boleh tambahkan bunga kantan, dan daun kesum. Nak rasa yang lebih pedas, boleh tambahkan cili. 5. Tak Perlu Rentas Negeri, Beli Online Je! Memang susah sekarang ni kalau nak ke mana-mana (masih lagi di bawah perintah kawalan pergerakan). Jadi, nak memudahkan korang semua, beli je Pek Patin Tempoyak dari Laziz Patin ni dari ejen-ejen mereka. Boleh cari di website Laziz Patin iaitu www.lazizpatin.com. Kalau anda nak beli dari shopee pun boleh, anda cari @laziz_patin_temerloh. Jadi kepada korang peminat Patin Tempoyak boleh cuba produk dari Laziz Patin. Confirm tak rugi punya beb. Kami sendiri dah cuba, memang terbaik. #PaduBebBros #LazizPatin #PatinTempoyak Nak lagi feel? Jom layan video di bawah :



114 views0 comments

Recent Posts

See All