• Padu Beb Studios

CU Mart Dah Dibuka Di Malaysia!

Updated: May 14

CU Mart merupakan 'convenience store' yang terkenal di South Korea kini sudah dibuka di Malaysia! Apa yang korang perlu tahu pasal CU Mart ni? 1. KEDAI SERBANEKA YANG TERKENAL!



CU Mart merupakan sebuah kedai serbaneka yang popular di South Korea sejak zaman 90-an lagi - kini telah mempunyai lebih 13,000 cawangan di sekitar South Korea. Cawangan pertama di Malaysia (dibawa masuk oleh MyNews Malaysia) terletak di Centrepoint, Bandar Utama.


2. BOLEH PESAN GUNA APLIKASI GRAB.


Korang boleh pesan makanan di CU Mart dengan menggunakan aplikasi Grab. Tekan butang GRABMART - CU Convenience Store Centrepoint, Bandar Utama.

Senang je kan, tak payah nak beratur panjang-panjang!


Waktu awal-awal CU Mart ini dibuka, memang ramai betul orang datang beratur sebab nak cuba sendiri makanan yang ada disini. Mereka terpaksa had jumlah pelanggan yang boleh masuk ke kedai dalam satu-satu masa bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Sesiapa yang masuk juga perlu memakai pelitup muka, periksa suhu badan mereka dan jaga jarak dengan pelanggan lain. 3. ODENG, TTEOKBOKKI, GIMBAP DAN BANYAK LAGI!

Peminat-peminat makanan Korea mesti akan tergilakan menu-menu yang ada CU Mart ini. Mungkin ada di antara anda yang dah terbiasa pergi ke 'Family Mart', anda mesti tak akan rasa pelik dengan makanan yang ada dijual di sini. Hidangan seperti Odeng dan Tteokbokki menjadi makanan ringan yang pasti akan ada dijual di jalanan jika anda bercuti ke Seoul, Korea. Sekarang, anda boleh dapatkannya di CU Convenience Store.


Makanan 'Ready To Eat' yang dijual di CU Mart ini datang dari pengedar MyNews Holding Berhad. Mengikut laporan dari Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYNEWS, Dang Tai Luk mengatakan bahawa mereka akan memastikan produk yang akan berada di CU akan mempunyai pensijilan HALAL kerana HALAL menjadi keutamaan pada semua pihak ketika ini. Korang nak tahu apa je makanan yang kami dah cuba di CU Mart?

Sila tonton video di bawah :


#PaduBebBros #CUmart #KoreanFood #GRAB


7,071 views0 comments