• Padu Beb Studios

KFC ZINGER CHEEZILLA KEMBALI!

Atas permintaan ramai, KFC ZINGER CHEEZILLA diperkenalkan semula di KFC setelah diperkenalkan pada tahun 2018.


Korang ingat lagi tak Burger Zinger Cheezilla yang pernah diperkenalkan pada tahun 2018 dan dijual semula pada tahun 2020 ni? Burger yang padat lagi mantap ini terdiri dari patty mozarella dan dilapiskan bersama fillet Zinger Hot & Spicy yang tebal serta salad segar dengan limpahan sos Jalapeno Cheese Mayo - kemudian diapit dengan roti bijan. Fuhhh! Menurut Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling "Burger ini terjual laris apabila dilancarkan sebelum ini, dan kami bersuka cita untuk mengumumkan bahawa KFC Zinger Cheezilla kini kembali sebagai menu tetap! Tidak dilupakan juga, kami ada menawarkan promo berbaloi waktu terhad bersempena kemunculan semula menu popular yang ditunggu-tunggu ini".

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara À la Carte, Combo, dan Box Meal di mana anda boleh menikmati diskaun eksklusif 10% apabila memilih KFC Delivery di aplikasi KFC Malaysia menggunakan promo kod ‘CHEEZILLA’. Juga eksklusif melalui KFC Delivery adalah Cheezilla Cheezy Share Box for 2, yang turut mengandungi Cereal Cheezy Fries untuk kenikmatan keju sepenuhnya dan sesuai untuk dikongsi bersama.


"Burger ini terjual laris apabila dilancarkan sebelum ini, dan kami bersuka cita untuk mengumumkan bahawa KFC Zinger Cheezilla kini kembali sebagai menu tetap!

Korang semua boleh mula dapatkan KFC Zinger Cheezilla di KFC berdekatan bermula 18 Mei 2021 (Sarawak 5 Jun & Sabah 11 Jun). Untuk mengelakkan sebarang kesesakan atau beratur panjang di mana-mana outlet KFC, korang boleh pesan menggunakan perkhidmatan Graba atau FoodPanda atau layari terus www.kfc.com.my #PaduBebBros #KFC #ZingerCheezilla Korang pernah tengok video ni?



668 views0 comments