Search

3 Perkara Yang Buat Nasi Goreng Kambing Ini PADU!

Updated: May 22, 2019

Awal bulan ramadan hari tu team Padu Beb dipanggil oleh pihak Chill N Santai untuk buat review di cafe mereka. Cafe mereka terletak di Bangi Gateway Mall, Bandar Baru Bangi.

Dulu tempat ni Teh Tarik Place, tapi sekarang mereka dah rebranding semula so jadilah Chill N Santai Cafe. Kami nak sharekan dengan korang hidangan yang kami paling suka ialah tak lain tak bukan Nasi Goreng Kambing! Kenapa kami suka gila dengan hidangan ni : 1. Kambing Jadi Kari Dahulu.

Salah satu rahsia yang membuatkan Nasi Goreng Kambing di sini SUPER SEDAP ialah kambing yang ada dalam hidangan ni dijadikan kari terlebih dahulu. Maksudnya kambing tadi dah serap rempah ratus dan flavor kari yang ada. Kemudian, bila nak masak Nasi Goreng Kambing ni, baru kambing tu diambik untuk dimasak bersama rencah nasi goreng. 2. Nasi Goreng Tak KERING, Penuh Dengan Rasa.

Saat sampainya Nasi Goreng Kambing ni di meja makan korang tu, kami nasihatkan untuk korang makan cepat-cepat (Jangan lupa baca doa makan). Sebabnya waktu Nasi Goreng Kambing ni panas-panaslah dia punya rasa tu paling NIKMAT sekali. Nasi goreng ni mereka buat TAK KERING dan yang BESTnya setiap suapan tu penuh dengan rasa.

Ada beberapa gabungan rasa kari kambing dan rencah nasi goreng yang ternyata takkan buat korang rasa bosan. 3. Kambing LEMBUT & TIDAK BERBAU HAMIS.

Mungkin ada diantara kita yang tak makan kambing sebab tak suka dengan bau/rasa hamis dari daging kambing tu sendiri. Kalau korang nak tahu, kambing yang ada dalam ni takde sikit pun bau/rasa hamis. Kambing ni penuh dengan rasa kari dan kami YAKIN korang takkan tinggalkan sedikit pun lebihan makanan pada pinggan.

Secara keseluruhan, Nasi Goreng Kambing ni kami beri markah 8.5/10. Nasi Goreng Kambing ni MENANG dari segi RASA, PORTION & HARGA. Jom tengok video CHILL N SANTAI di bawah kalau nak tengok menu lain yang direview.


467 views

© 2019 | Padu Beb Studios