Search

Ramadan Datang Lagi. Jom Terjah Bazar Ramadan!

Updated: May 22, 2019

Bulan Ramadan tahun 2019 kali ni jatuh pada bulan Mei. Kalau dah masuk bulan puasa ni macam biasalah ramai penonton yang expect untuk aku hasilkan lebih banyak video terjah ke bazar ramadan. Untuk video terjah ke bazar pada tahun ni aku mulakan dengan : 1. Bazar Ramadan TTDI :

Ramai yang complain pasal bazar ni. Diorang cakap MAHAL! Pada pendapat aku senang je, ini TTDI bro. Taman Tun Dr. Ismail. Orang area sini setakat RM30-RM50 belanja di bazar tu tutup mata je bayar. Aku bukan nak cerita pasal complain-complain orang ni. Aku just nak share apa yang menarik di bazar ramadan tu. At least, sesiapa yang tergerak hati nak pergi situ, bila tengok video ni diorang tahu nak beli apa.

2. Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya

Tahun 2018 aku pernah terjah sekali ke bazar ramadan USJ 4 ni dan bila aku post video di Facebook Page Padu Beb Studios, sambutan memang gila-gila punya. Orang sangat suka tengok video tu sebab ada Chef Ammar. Aku tak bercadang pun nak cover pasal Chef Ammar tapi bila dah tengok cara Chef Ammar entertain para pelanggan dia, aku rasa menarik juga kalau shoot video lebih sikit ni.

So, nak dijadikan cerita pada tahun 2019 ni, aku tergerak hati sekali lagi nak cover pasal Chef Ammar. Kalau korang tengok dalam video di atas aku sampai 2 kali datang semata-mata nak beli Lamb Shank Chef Ammar sebab aku tahu, rata-rata yang tengok video ni mesti nak tengok aku review pasal Lamb Shank yang hebat tu.

3. Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur

Bazar Ramadan Kampung Baru aku klasifikasikan sebagai bazar ramadan paling advance sekali. Sebab apa? Sebab dekat bazar ini je korang boleh bayar secara cashless menggunakan aplikasi Touch N Go eWallet. Aku dapat tahu tak semua peniaga gunakan aplikasi tu, so korang kena jugak lah bawak cash untuk standby. Memandangkan bulan ramadan belum lagi berakhir so aku tamatkan artikel ni setakat ini sahaja. Nanti kalau aku ada terjah bazar lagi, aku akan update artikel ni. Korang pun boleh terus ke Youtube Channel Padu Beb Studios untuk tengok video-video latest yang kami pernah buat.



35 views

© 2019 | Padu Beb Studios