• Padu Beb Studios

BERBALOI KE MAKAN BURGER SEOUL PEDAS DARI BURGER KING?

Dengan setiap pembelian set 'Large' Seoul Pedas Burger di Burger King korang berpeluang untuk menang iPhone 12 berwarna ungu!



Peluang keemasan ini bermula dari 19 Mei 2021 hingga 22 Jun 2021. Caranya sangat mudah, korang hanya perlu beli set 'Large' Seoul Pedas Burger dan pastikan korang beli dan bayar di kaunter cawangan Burger King yang berdekatan dengan korang. Anda perlukan resit bayaran itu, kemudian tulis nama penuh dan nombor telefon dan ambil gambar. Kemudian, imbas kod QR yang telah disediakan dan isi Google Form serta muat-naik gambar resit di situ.

Okay sekarang ni baru nak cerita pasal Seoul Pedas Burger dari Burger King. Ada 2 jenis burger yang korang boleh dapat : Seoul Pedas Tendercrisp dan Seoul Pedas Double Beef. Untuk Seoul Pedas Tendercrisp, burger ini terdiri dari patty ayam tendercrisp yang dilimpahi dengan sos Korean Ramyeon dan Mayonis serta chicken strip yang rangup, salad segar, American cheese dan kemudian diapit Spicy Chili Bun yang dibuat khas untuk limited time menu ini.


Untuk Seoul Pedas Double Beef pula hanya berbeza pada 2 keping beef patty dan beef bacon. Dalam set ini dilengkapi dengan kentang goreng dan Fanta Grape. Sangat sesuai dengan tema 'Purple' yang mereka bawa untuk menu ini.

Sekarang ini yang menjadi persoalannya ialah adakah Seoul Pedas Burger ini berbaloi untuk korang cuba? Kami dah cuba kedua-dua burger Seoul Pedas ini dan memberikan skor 8/10 untuk Seoul Pedas Tendercrisp dan Double Beef. Skor 8/10 ini kami beri berdasarkan pada harga satu set medium yang tidak terlalu mahal (RM15.90), saiz burger yang tidak terlalu kecil dan mampu mengenyangkan, dan rasa sos Korean Ramyeon yang sangat membuka selera.

Jika diberi pilihan untuk pilih yang mana satu menjadi kegemaran kami, kami pilih Seoul Pedas Double Beef kerana cara mereka grill beef patty ini membuatkan kami rasa lebih berselera dan keadaan beef patty juga masih juicy! Kalau korang dah cuba Seoul Pedas ini, mana satu yang korang suka?

Kami mahu ingatkan sekali lagi kepada korang yang nak menangi 'Purple' iPhone 12 ini, korang kena beli set 'LARGE' dan jangan lupa ambil resit. Segala maklumat lanjut boleh layari website Burger King di www.burgerking.com.my #PaduBebBros #BurgerKing #SeoulPedas Nak lagi feel makan Seoul Pedas Burger? Jom layan video di bawah :



356 views0 comments